WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (27530) ORDER BY meta_id ASC

Lima wilayah sudah terima air » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Lima wilayah sudah terima air

Estimate Reading Time: < 1 minute

SHAH ALAM: Sebanyak lima daripada lapan wilayah terjejas telah menerima bekalan air secara berperingkat selepas kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).

-Advertisement-

Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd (Air Selangor) dalam kenyataannya, setakat pukul 6 pagi tadi, Kuala Selangor telah mencapai peratusan pemulihan 75.6 peratus, Hulu Selangor (60.7 peratus), Petaling (60.4 peratus), Shah Alam (40.4 peratus) dan Klang (0.9 peratus).

“Manakala Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Langat masih sifar peratusan pemulihan.

“Secara keseluruhan, pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas telah mencapai tahap 28 peratus,” katanya.

Justeru, Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

-Advertisement-

Tambahnya, para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi Air Selangor.

“Senarai kawasan yang telah pulih boleh diakses di laman pautan hentitugas.airselangor.com. ,”katanya.

Terdahulu, sebanyak 998 kawasan di tujuh wilayah di Lembah Klang dijangka akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama empat hari bermula hari Rabu lalu.

Gangguan itu ekoran pelaksanaan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal yang akan menyebabkan henti tugas LRA SSP1. -UTUSAN ONLINE

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33320,33317,33315,33312) ORDER BY meta_id ASC