Menteri Ekonomi Hadiri Mesyuarat IRDA Ke-36

Estimate Reading Time: < 1 minute

JOHOR BAHRU 21 OKTOBER 2026 (The Capital Post) – Menteri Ekonomi, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Haji Mohd Nasir, menghadiri Mesyuarat Ahli Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) Ke-36 pada 19 Oktober 2026 bagi membincangkan hal ehwal berkaitan pembangunan Wilayah Iskandar Malaysia.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), YAB Datuk Amar Haji Fadillah Haji Yusof, dengan penyertaan barisan kepimpinan kerajaan Persekutuan dan Negeri Johor.

Turut hadir ialah Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor serta kepimpinan IRDA.

-Advertisement-

Kehadiran wakil kerajaan Persekutuan dan Negeri Johor dalam mesyuarat ini mencerminkan penglibatan pelbagai pihak dalam penyelarasan pentadbiran dan pembangunan Wilayah Iskandar Malaysia, selaras dengan kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan negeri.

Mesyuarat Ahli Pihak Berkuasa IRDA merupakan platform penting bagi kepimpinan berkaitan untuk menyelaras perkara-perkara berhubung pembangunan wilayah tersebut serta memperkukuh kerjasama antara agensi demi menyokong agenda pembangunan ekonomi negara. – The Capital Post