KUALA LUMPUR: Mesyuarat Kedua Menteri Kuartet hari ini bersetuju dengan cadangan supaya stesen minyak, restoran, kedai makan, kedai serbaneka dibenarkan beroperasi secara seragam di semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 6 pagi hingga 12 tengah malam.
-Advertisement-
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kebenaran itu bagaimanapun dikecualikan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
-Advertisement-
“(Persetujuan) ini akan diangkat ke Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik esok untuk disyorkan oleh Perdana Menteri sebelum diputuskan tarikh berkuat kuasanya,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini. -BH