Padam aplikasi FB, wanita ditumbuk, digigit suami

Estimate Reading Time: < 1 minute

CHUKAI: Seorang wanita ditumbuk dan digigit suaminya gara-gara tindakannya memadamkan aplikasi Facebook di telefon bimbit lelaki itu, di Kampung Bakau Tinggi, dekat sini, Sabtu lalu.

-Advertisement-

Pada kejadian jam 6 petang, mangsa yang berusia 20 tahun pada mulanya dimarahi suspek atas tindakannya itu.

Bagaimanapun ia kemudiannya bertukar menjadi pertengkaran serius apabila suspek tiba-tiba menarik rambut mangsa.

Sumber berkata, suspek yang gagal mengawal perasaan turut bertindak menggigit leher dan dada mangsa sehingga berdarah selain menumbuk kepala mangsa sebelum meninggalkan isterinya yang sedang kesakitan.

“Mangsa tidak tahan dengan sikap panas baran suaminya itu datang membuat laporan di Balai Polis Chukai selain mendakwa kejadian seumpama itu kerap berlaku,” katanya.

-Advertisement-

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga 2012.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373