WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (27406) ORDER BY meta_id ASC

Pencalonan Ramli dipersetujui Ismail Sabri, Zahid - Ahmad Maslan » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Pencalonan Ramli dipersetujui Ismail Sabri, Zahid – Ahmad Maslan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Pencalonan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor bagi jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

-Advertisement-

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan melalui Twitternya, memaklumkan pencalonan Ramli mencatat sejarah kerana Ahli Parlimen Cameron Highlands itu menjadi Orang Asli pertama dicalonkan ke jawatan berkenaan.

“YAB PM & YB Presiden #UMNO telah keduanya bersetuju agar YB Ramli Mohd Nor #AhliParlimen #CameronHighlands dicalonkan sebagai Timbalan Speaker #DewanRakyat.

“Ini suatu sejarah, sebagai Orang Asli yang pertama dicalon. Hari ini hari akhir untuk cadangan nama, sebelum sidang #Parlimen 25/10/21,” kata Setiausaha Agung UMNO itu semalam.

-Advertisement-

Khamis lalu, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian mengumumkan keputusannya untuk menarik diri daripada pencalonan bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menumpukan usaha dan perhatian kepada tanggungjawab Setiausaha Agung UMNO.

Sebelum ini, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO dilapor mencadangkan Ahmad sebagai calon tunggal bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat menggantikan penyandangnya, Datuk Seri Azalina Othman Said yang meletak jawatan pada 23 Ogos lalu.

Seorang lagi calon bagi jawatan terbabit mewakili Pakatan Harapan (PH), iaitu Nga Kor Ming, Ahli Parlimen Teluk Intan yang juga Pengerusi DAP Perak.-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33320,33317,33315,33312) ORDER BY meta_id ASC