Penunggang motosikal maut dilanggar lari

Estimate Reading Time: < 1 minute

BINTULU: Seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar lari sebuah pikap di kawasan lampu isyarat Jepak, Jalan Bintulu-Tatau, semalam.

-Advertisement-

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, dalam kejadian jam 7.30 malam itu, mangsa dikenali sebagai Joshua Unyang Michael Mambang, 19.

Katanya, mangsa maut serta-merta di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada tindakan pemandu pikap Mitsubishi Triton membelok ke Simpang Kampung Jepak lalu merempuh motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang mangsa.

“Saksi yang melihat kejadian kemudian melihat kenderaan pikap berwarna perak terbabit memecut laju menuju ke arah Tatau selepas merempuh motosikal mangsa,” katanya kepada media, hari ini.

Alexson berkat, impak rempuhan yang kuat itu menyebabkan mangsa terpelanting hampir tiga meter ke tengah jalan manakala motosikal ditunggangnya terperosok ke bahu jalan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

-Advertisement-

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu bagi tujuan pemeriksaan serta bedah siasat.

“Polis berharap saksi kejadian untuk tampil memberikan maklumat kemalangan itu bagi memudahkan urusan mengesan pelaku yang bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata, saksi kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Lydia Allan di talian 010-9007791 dan Sarjan Natan Suntet di talian 010-5945651.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373