PGA rampas minuman keras seludup RM1.95 juta

Estimate Reading Time: < 1 minute

JOHOR BAHRU, 28 Ogos — Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran arak seludup yang aktif selama setahun selepas menahan seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun dalam serbuan di sebuah kebun di Kampung Kadut, Segamat, dekat sini, semalam.

-Advertisement-

Dalam serbuan di sebuah stor pada jam 7.40 pagi itu, sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Risik Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat, merampas 1,871 kotak minuman keras seludup bernilail RM1.95 juta.

Komander Briged Tengah PGA SAC Muhammad Abdul Halim berkata polis merampas 42, 672 tin minuman bir pelbagai jenama dan 2,916 botol atau 822 liter wiski pelbagai jenama.

“Sindiket ini menyeludup masuk barangan berkenaan daripada negara jiran dan dipercayai sudah aktif selama setahun,” kata beliau menerusi satu kenyataan, di sini, hari ini.

-Advertisement-

Muhammad berkata sindiket itu mengedar minuman keras itu di sekitar daerah Segamat, Johor serta Muadzam dan Kuantan, Pahang dan kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.

-BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373