Pogba dedah punca tinggalkan United

Estimate Reading Time: < 1 minute

LONDON: Paul Pogba mendedahkan dia meninggalkan Manchester United kerana dia marah dengan Alex Ferguson.

-Advertisement-

Ramai beranggapan pemain tengah Perancis itu membuat keputusan meninggalkan Old Trafford disebabkan pertikaian mengenai kontraknya.

Juventus ketika itu menawarkan gaji sebanyak 30,000 pound (RM161,620) seminggu, dua kali ganda daripada apa yang diberikan United.

Bagaimanapun, pemain termahal kelab itu mendedahkan kepada Manchester United Podcast dia percaya dirinya berhak untuk berada dalam kesebelasan utama The Red Devils tetapi tidak bagi Ferguson.

“Abang saya memberitahu saya yang dia sangat marah – lebih marah berbanding saya – apabila saya tidak beraksi.

“Dia beritahu saya, jika mereka tidak mahukan saya, saya perlu pergi ke tempat lain,” katanya.

Selepas hanya membuat tiga penampilan dalam skuad utama United, Pogba berpindah ke Juventus yang menyaksikan dia memenangi empat gelaran Serie A sebelum United membelinya semula dengan harga 89 juta pound (RM479 juta) pada 2016.

-Advertisement-

Pogba, berkata perpindahan semula ke United adalah sesuatu yang diramalkan ibunya selepas dia meninggalkan kelab itu.

“Ibu sering katakan yang saya akan berpindah ke tempat lain tetapi tetap akan pulang. Dia pesan agar saya tidak bimbang kerana saya pasti akan kembali semula ke United.

“Dan hari ini saya beraksi bersama United,” katanya.

Pemain berusia 27 tahun itu, berkata dia membuat keputusan untuk berpindah semula ke United selepas merasakan masih ada urusan yang belum diselesaikannya.

“Apabila saya kembali, saya sangat gembira. Saya bermula di sini tetapi saya tidak menamatkannya sebaliknya saya berpindah ke tempat lain.

“Jadi, peluang kembali ke United iaitu tempat saya memulakan kerjaya adalah sesuatu yang menggembirakan,” kata Pogba. – Agensi


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427