PRN Sabah: PAS berhasrat letak calon bertanding

Estimate Reading Time: < 1 minute

MARANG: PAS berhasrat untuk meletakkan calon bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang.

-Advertisement-

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata justeru beliau akan mengadakan pertemuan dengan kepimpinan PAS Sabah bagi membincangkan perkara berkenaan.

“PAS Sabah berhasrat untuk bertanding di beberapa kerusi. Saya akan berjumpa dengan PAS negeri, mungkin dalam masa terdekat, di Kuala Lumpur atau sini.

“Sebelum ini, PAS pernah bertanding pada PRN Sabah dan kita memang ada cawangan serta calon di sana.

“Kalau ikutkan rekod PAS sebelum ini, saya rasa pernah bertanding lebih daripada 10 kerusi, malah ada hingga 20 kerusi,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat secara dalam talian di Masjid Rusila, di sini, hari ini.

-Advertisement-

Ditanya mengenai kekuatan Perikatan Nasional (PN) untuk memenangi kerusi pada PRN atau pilihan raya umum (PRU) kelak pula, Abdul Hadi berkata, perkara itu akan dikaji dari semasa ke semasa, selain melihat hasil laporan daripada cawangan sebelum sebarang keputusan dibuat.

Sementara itu diminta mengulas mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka menubuhkan parti baharu, beliau berkata, ia adalah terpulang kepada bekas Perdana Menteri berkenaan.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373