Program Diplomasi Budaya Malaysia-Thailand 2026 Bermula

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR 11 Julai 2026 (The Capital Post) – Program Diplomasi Budaya Malaysia–Thailand 2026 secara rasminya bermula hari ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur, sebagai platform memperkukuh hubungan dua hala melalui seni, budaya dan pertukaran generasi muda.

Program yang berlangsung dari 9 hingga 13 Julai itu dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Department of Cultural Promotion Thailand, menghimpunkan pelbagai aktiviti pertukaran budaya antara kedua-dua negara.

Seramai 50 bakat muda dari Thailand menyertai program tersebut bagi menjalinkan kerjasama, berkongsi pengalaman serta menghayati kepelbagaian seni dan budaya yang menjadi warisan bersama Malaysia dan Thailand.

Sepanjang lima hari penganjuran, peserta akan mengikuti pelbagai aktiviti berteraskan seni persembahan, kebudayaan dan kreativiti yang bertujuan menggalakkan persefahaman, memperkukuh persahabatan serta memupuk penghargaan terhadap kepelbagaian budaya.

-Advertisement-

Program ini turut memberi penekanan kepada pembangunan generasi muda sebagai duta budaya masa hadapan yang mampu mempererat hubungan antara kedua-dua negara melalui medium seni dan warisan budaya.

Penganjuran Program Diplomasi Budaya Malaysia–Thailand 2026 mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dan Thailand dalam memperkukuh hubungan serantau serta mempromosikan seni dan budaya sebagai medium perpaduan dan persefahaman antara masyarakat. – The Capital Post