PULAPOL KL Anjur Senaman Komandan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR 3 Jun 2026 (The Capital Post) – Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL KL) telah menganjurkan Program Senaman Komandan yang disertai oleh warga institusi berkenaan bagi memastikan tahap kesihatan dan kecergasan anggota sentiasa berada pada tahap optimum.

Program yang berlangsung di Dataran Kawad PULAPOL Kuala Lumpur itu telah dihadiri oleh YDH SAC Datuk Mohd Nor Yhazid bin Idris, Komandan PULAPOL KL, bersama Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam serta Inspektor Pelatih Siri 1/2026.

Aktiviti senaman tersebut merangkumi senaman berjadual serta larian sejauh 2.4 kilometer yang dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan dalam memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja.

-Advertisement-

Menurut pihak penganjur, program ini bertujuan memastikan semua anggota PULAPOL Kuala Lumpur sentiasa cergas dari segi fizikal dan mental selain mengeratkan hubungan serta semangat kekitaan dalam kalangan warga institusi.

Penganjuran aktiviti seumpama ini juga dilihat mampu memperkukuh disiplin, ketahanan fizikal serta kesejahteraan mental warga polis dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab harian. – The Capital Post