JOHOR BAHRU, 11 Julai 2026 (The Capital Post) – Barisan Nasional (BN) secara tidak rasmi memperoleh majoriti mudah yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Negeri Johor selepas keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menunjukkan gabungan itu berjaya melepasi ambang 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Setakat waktu laporan ini ditulis, BN bukan sahaja telah memenangi beberapa kerusi secara tidak rasmi, malah turut mendahului di beberapa lagi kawasan, sekali gus meletakkan gabungan itu pada kedudukan selesa untuk meneruskan pentadbiran negeri bagi penggal baharu.
Dengan majoriti mudah sebanyak 29 daripada keseluruhan 56 kerusi DUN Johor, keputusan tidak rasmi ketika ini menunjukkan BN berada di landasan kukuh untuk membentuk kerajaan negeri, namun angka tersebut masih tertakluk kepada pengumuman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila proses pengiraan undi selesai sepenuhnya.
-Advertisement-
Proses penjumlahan undi di semua pusat penjumlahan rasmi masih diteruskan, dengan keputusan dijangka diumumkan secara berperingkat sepanjang malam. The Capital Post akan mengemas kini perkembangan semasa dari semasa ke semasa sebaik keputusan rasmi diumumkan. – The Capital Post.