WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (27069) ORDER BY meta_id ASC

RMK-12 komitmen mensejahterakan golongan miskin tegar » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

RMK-12 komitmen mensejahterakan golongan miskin tegar

Estimate Reading Time: 3 minutes

KUALA LUMPUR: Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) bertemakan ‘Keluarga Malaysia – Makmur, Inklusif, Mampan’ yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin lalu, menjadi tumpuan pemerhati ekonomi dan sosial yang ingin melihat adakah pelan itu mampu menjamin masa depan lebih baik untuk rakyat negara ini, khususnya golongan miskin tegar.

-Advertisement-

Mengambil kira RMK1-2 digubal dan dibentang semasa negara sedang mengharungi cabaran getir dari segi ekonomi dan keselamatan rakyat akibat penularan pandemik COVID-19, mereka mengharapkan perancangan pembangunan negara untuk tempoh lima tahun hingga 2025 itu dapat meningkatkan lagi kesejahteraan hidup kelompok miskin (B40) dan miskin tegar yang begitu terkesan oleh pandemik.

Malah, COVID-19 turut menyaksikan sebilangan besar golongan M40 (berpendapatan sederhana tinggi) kini berada dalam kelompok B40.

Tidak dinafikan, lapan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi yang diberikan kerajaan sejak Mac 2020, sedikit-sebanyak berjaya membantu golongan berkenaan, namun kebanyakan pakar mengharapkan kerajaan menggubal pelan yang boleh memberikan kelegaan berpanjangan kepada kelompok terbabit.

Kerajaan jelas menyedari hakikat ini apabila Ismail Sabri semasa membentangkan RMK12 di Parlimen, berulang kali menekankan kepentingan memperkukuh Keluarga Malaysia dengan memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan, pengagihan peluang dan hasil lebih saksama, serta tumpuan kerajaan membasmi kemiskinan tegar dan merapatkan jurang pendapatan yang menjadi antara sembilan fokus utama RMK-12.

Ini termasuklah menangani kemelut pemilikan rumah golongan B40, bantuan bersasar serta penubuhan unit khusus di peringkat persekutuan dan daerah dalam menguruskan isu kemiskinan tegar.

Aspek pendidikan dan kesihatan komuniti ini juga turut diberikan perhatian jitu oleh kerajaan menerusi RMK-12.

Beberapa pakar ekonomi dan sosial yang ditemu bual Bernama mengenai RMK-12, berpandangan inisiatif jangka panjang terbabit jelas membuktikan komitmen kerajaan yang mahu melihat komuniti itu menikmati kehidupan yang lebih baik, tidak terpinggir daripada arus kemajuan, sejajar dengan konsep Keluarga Malaysia.

Penganalisis ekonomi, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff mengakui akan komitmen tinggi kerajaan dalam pembasmian kemiskinan tegar apabila masalah itu dijadikan antara fokus utama RMK-12.

“Fokus ini amat penting kerana sejak berlakunya pandemik pada tahun lalu, data menunjukkan purata pendapatan rakyat menurun sebanyak sembilan peratus, pengangguran kekal tinggi melebihi 700,000 orang dan golongan miskin tegar semakin meningkat.

“Malahan, ramai dulu yang diklasifikasikan sebagai M40 kini mempunyai pendapatan golongan B40.

“Perkara ini amat serius dan harus ditangani dengan segera untuk mengelakkan berlaku permasalahan lain, iaitu masalah sosial dan jenayah. Oleh itu, langkah kerajaan untuk membasmi kemiskinan tegar ini adalah tepat pada masanya,” katanya kepada Bernama.

Beliau yang tertarik dengan usaha kerajaan dalam meningkatkan pendapatan isi rumah dan merapatkan jurang kekayaan dalam rancangan jangka panjang tersebut, berkata inisiatif berbentuk bantuan bersasar seperti pemberian wang tunai dan perlindungan sosial kepada kelompok B40, adalah masih relevan tetapi hanya dapat menangani masalah itu untuk jangka pendek.

-Advertisement-

Katanya, langkah kerajaan memperkenalkan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar dan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat di luar bandar harus dipuji, kerana menerusi inisiatif itu golongan miskin diharap mampu berdikari dan keluar daripada kepompong kemiskinan secara sendiri.

“Saya harap program dan skim sedemikan rupa tidak hanya menumpukan kepada bantuan modal perniagaan dan tapak perniagaan semata-mata, tetapi turut menekankan aspek pembangunan modal insan dan juga inisiatif ‘coaching’ dan ‘mentoring’,” katanya.

Menerusi RMK-12, bantuan bersasar seperti pemberian wang tunai dan perlindungan sosial akan diteruskan kepada mereka yang layak, manakala Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar dan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat di luar bandar dengan peruntukan berjumlah RM1.5 bilion, akan diperkukuh bagi meningkatkan kebolehpasaran, kesejahteraan dan kuasa beli keluarga B40.

Sementara itu, pensyarah kanan di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya Dr Mohammad Tawfik Yaakub, berkata antara inisiatif membasmi kemiskinan tegar RMK-12 yang menarik perhatian beliau ialah penubuhan unit khusus di peringkat persekutuan dan pejabat daerah, bertujuan mengurangkan kerenah birokrasi selain memastikan tiada yang terpinggir dan bantuan pula diterima dengan cepat oleh golongan miskin tegar.

“Ya, kita mempunyai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pelbagai agensi lain yang ditubuhkan bagi tujuan membaiki taraf hidup kelompok miskin tegar, tetapi wujud kelemahan-kelemahan ketara, sekali gus menyukarkan program pembasmian kemiskinan ini direalisasikan sepenuhnya.

“(Adanya unit ini) penyaluran dana terus daripada kerajaan persekutuan kepada unit yang ditubuhkan tanpa melalui lapisan birokrasi yang terlalu banyak,” katanya.

Dalam memastikan tidak ada yang terpinggir dalam program pembasmian kemiskinan, unit khusus peringkat persekutuan dan daerah akan ditubuhkan menerusi RMK-12.

Ia bertanggungjawab menyelaras pangkalan data secara bersepadu dan semua program serta inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan, sektor korporat dan pertubuhan masyarakat sivil (CSO).

“Dengan adanya ini, pegawai kerajaan tidak boleh hanya menunggu rakyat datang membuat permohonan tetapi jentera pembasmian kemiskinan perlu digerakkan ke seluruh negara, sekali gus mempercepat proses bancian penduduk miskin, permohonan bantuan jangka pendek dan jangka panjang mereka,” katanya.

Berkaitan dengan pemilikan kediaman untuk golongan B40, geostrategis

Azmi Hassan berkata, walaupun isu itu tidak berkait secara langsung dengan pembasmian kemiskinan, penyediaan perumahan yang selesa dan mampu milik secara tidak langsung dapat mengurangkan kos kehidupan golongan berkenaan, terutama di bandar.

Kerajaan menerusi RMK12, komited memastikan penyediaan rumah yang mencukupi, berkualiti dan mampu milik dengan memperuntukkan RM2.25 bilion sebagai bantuan perumahan kepada rakyat miskin. -BERNAMA -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (27213,27210,27208,27205) ORDER BY meta_id ASC