SARA Bulanan Dikreditkan, Bantu Rakyat Penuhi Keperluan Harian

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 2 September 2026 (The Capital Post) – Kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan mula disalurkan kepada penerima melalui MyKad semalam, 1 September 2026, bagi membantu meringankan perbelanjaan keperluan harian isi rumah.

Bantuan tersebut boleh digunakan untuk mendapatkan barangan keperluan harian daripada 15 kategori yang telah diluluskan, melibatkan lebih 140,000 pilihan barangan di premis yang mengambil bahagian.

Penyaluran SARA Bulanan ini diharap dapat memberikan manfaat kepada penerima dalam mengurus keperluan asas keluarga, khususnya dalam menghadapi kos sara hidup semasa.

-Advertisement-

Maklumat lanjut mengenai SARA boleh diperoleh melalui laman sesawang rasmi sara.gov.my atau aplikasi MyKasih. – The Capital Post