WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (35816) ORDER BY meta_id ASC

Selami bahaya sentimen agama dalam 'amanat terakhir' Agong » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Selami bahaya sentimen agama dalam ‘amanat terakhir’ Agong

Estimate Reading Time: 2 minutes

Titah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong semalam, supaya isu agama tidak dijadikan polemik dan perbalahan politik sangat signifikan, bahkan boleh dianggap ‘amanat terakhir’ sebelum penggal perkhidmatan baginda berakhir pada Januari depan. Pesanan utama Seri Paduka adalah semua pihak perlu membuang agenda retorik perpecahan dengan bersatu hati mengemudi negara ke arah pembentukan masa hadapan.

-Advertisement-

Hakikatnya, isu agama dekat dengan hati rakyat di negara ini dengan majoriti beragama Islam mempunyai hubungan sejarah, budaya dan amalan hidup kental, manakala agama lain dijamin kebebasan untuk diamalkan juga adalah agama besar di dunia, iaitu Kristian, Buddha dan Hindu sedangkan Orang Asli pula memiliki kepercayaan animisme tersendiri. Sebagai negara majmuk dan wadah tumpuan pelbagai kaum, agama menjadi unsur sangat kuat dalam pembentukan kerohanian unggul menzahirkan akhlak mulia, nilai murni dan moral baik bagi melahirkan modal insan.

Namun, agama mempunyai manfaat besar kepada ketamadunan, bersifat seperti pisau boleh disalahgunakan demi kepentingan individu, kelompok serta parti politik untuk merebut dan mengekalkan kuasa termasuk undi. Justeru, semua pihak, terutama entiti siasah perlu belajar daripada pengalaman pelbagai negara apabila bukan sahaja difahami secara ekstrem dan harfiah, bahkan diterjemah secara salah kepada tindakan politik serta kekerasan.

Ketakutan dan kebimbangan kononnya sesuatu agama serta penganutnya terancam boleh membangkitkan emosi melampau seperti di Ireland, Myanmar, India dan Iraq serta Syria dengan keuntungan politik dan kuasa hanya sedikit dan sementara, tetapi harga mahal terpaksa dibayar termasuk nyawa rakyat dan masa depan negara. Malaysia sendiri alami beberapa insiden apabila agama ditafsirkan keras atau dijadikan modal politik hingga sampai menjatuhkan hukum kafir, munafik, sesat, sekali gus memecahbelahkan masyarakat termasuk dalam soal amalan ibadat yang sepatutnya menyatukan kiblat dan hati ummah.

-Advertisement-

Umat Islam sendiri perlu sedar agama bukan hanya dalam perspektif sempit seperti politik semata-mata, sebaliknya pengamalannya meliputi akidah, fiqh dan akhlak atau tasawuf, sedangkan siasah dan tadbir urus negara hanya sebahagian dalam fiqh, meskipun tidak terpisah daripada dua cabang utama yang lain. Malah, kehadiran ramai ulama dan ilmuwan Muslim dari luar negara termasuk terbaru, Dr Ali Juma’ah serta Habib Umar disambut belasan ribu daripada Perdana Menteri hingga rakyat biasa menunjukkan gelombang kesedaran Islam di negara ini bukan hanya dalam konteks politik, bahkan lebih penting kerohanian dan keilmuan untuk menjadi Muslim baik serta bermanfaat.

Justeru, kita meminta ulama dalam kalangan mufti, sarjana dan ahli akademik untuk lebih ke hadapan dalam memberikan nasihat serta amaran jika ada mana-mana pihak termasuk parti dan ahli politik cuba memanipulasi isu agama demi kepentingan jangka pendek seperti pilihan raya negeri (PRN) tahun ini. Sampai masanya, pihak terbabit disedarkan kepada bahaya permainan politik membakar sentimen agama termasuk dengan menggunakan saluran undang-undang lebih tegas, berani dan tidak pilih bulu supaya hasrat melihat masa depan negara lebih baik yang dimiliki semua termasuk Yang di-Pertuan Agong tidak terbakar hangus.

– Berita Harian

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (44843,44834,44828,44821) ORDER BY meta_id ASC