SK Murni Jaya Terima RM100,000 Sebagai Sekolah Angkat MADANI

Estimate Reading Time: < 1 minute

KULAI 15 Ogos 2026 (The Capital Post) – Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching, merasmikan Program Bulan Kebangsaan dan penyerahan cek cura Sekolah Angkat MADANI Kementerian Komunikasi di Sekolah Kebangsaan (SK) Murni Jaya, Kulai, Johor, hari ini.

SK Murni Jaya dipilih sebagai Sekolah Angkat MADANI di bawah Kementerian Komunikasi bagi tahun 2026 dengan menerima peruntukan sebanyak RM100,000. Dana tersebut akan digunakan bagi meningkatkan kemudahan serta prasarana sekolah secara inklusif dan menyeluruh demi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif untuk murid.

Inisiatif berkenaan mencerminkan usaha Kerajaan dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada rakyat menerusi pendekatan Whole of Government, yang menggalakkan kerjasama dan sinergi lebih erat antara kementerian, jabatan serta agensi kerajaan.

-Advertisement-

Pendekatan tersebut turut memberi tumpuan kepada sokongan terhadap pembangunan sektor pendidikan dan peningkatan kesejahteraan murid, selaras dengan aspirasi Reformasi Perkhidmatan Awam yang menekankan penyampaian perkhidmatan secara lebih berkesan dan berorientasikan rakyat.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah serta Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Datuk Aminurrahim Mohamed. – The Capital Post