KUALA LUMPUR, 3 September 2026 (The Capital Post) – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) membuka urusan pelantikan bagi jawatan Pembantu Penguatkuasa Gred KP1 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Seramai 30 calon simpanan terlibat dalam urusan pelantikan berkenaan di bawah nombor urusan SS20240017.
Calon yang berstatus lantikan atau calon simpanan yang telah bertukar status kepada lantikan diminta menyemak sistem SPA9 sekiranya tidak menerima e-mel berkaitan penerimaan tawaran pelantikan dan cetakan surat tawaran daripada SPA.
-Advertisement-
Calon terpilih perlu membuat proses setuju terima pelantikan serta melengkapkan dokumen yang ditetapkan dalam tempoh diberikan bagi mengelakkan tawaran terbatal selepas tempoh sah laku berakhir.
Maklumat dan urusan berkaitan pelantikan boleh dibuat menerusi sistem SPA9. – The Capital Post