SPRM masih tunggu dokumen British tentang dakwaan rasuah terhadap AirAsia

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia masih menunggu maklumat daripada pihak berkuasa British sebelum meneruskan siasatan ke atas dakwaan rasuah terhadap AirAsia dan AirAsia X oleh pengilang kapal terbang, Airbus.

-Advertisement-

Ketua Pesuruhjaya Latheefa Koya berkata belum ada respon daripada Pejabat Kesalahan Berat (SFO) British, yang menyiasat penggunaan orang tengah oleh Airbus untuk mendapatkan tempahan, kepada permintaan untuk maklumat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah pengasas bersama AirAsia Group Bhd, Tony Fernandes dan Kamarudin Meranun akan dipanggil untuk disoal.

“Kita sudah hubungi pihak berkuasa United Kingdom dan mereka masih belum hubungi kami,” katanya selepas merasmikan simposium perangi rasuah sempena Apec 2020 hari ini.

Ditanya tentang rangka masa untuk mendapatkan dokumen daripada SFO, beliau mengingatkan ia adalah permintaan antarabangsa.

-Advertisement-

“Mereka bukan sahaja terima satu permintaan, mungkin banyak, berpuluh atau ratusan pertanyaan. Mereka mungkin punya keutamaan sendiri,” katanya.

Dua eksekutif di AirAsia dan AirAsia X disebut dalam dokumen undang-undang yang menyenaraikan contoh-contoh pemberian rasuah oleh Airbus untuk mendapatkan tempahan menerusi orang tengah yang korup bagi menjual pesawatnya di serata dunia.

Akhbar British, The Telegraph berkata dokumen itu sebahagian daripada penyelesaian berbilion dolar yang dicapai dengan pihak berkuasa anti-rasuah di Britain, Perancis, dan Amerika Syarikat, selepas Airbus akui “tahap rasuah yang endemik dalam perniagaan antarabangsanya”. -FMT


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373