TERKINI : Tan Sri Lim Kok Wing Meninggal Dunia

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA, 1 June 2021 (The Capital Post) – Pengasas Universiti Lim Kok Wing dan Tokoh Pendidikan Tan Sri Lim Kok Wing telah meninggal dunia awal pagi ini. 

-Advertisement-

Perkara ini disahkan oleh pegawai Tan Sri Lim Kok Wing kepada pihak media sebentar tadi. Minggu lalu, dilaporkan bahawa Tan Sri Lim telah dimasukkan ke hospital setelah jatuh dirumah beliau namun dikatakan beliau berada dalam keadaan stabil.

-Advertisement-

Pada tahun 1991, Tan Sri Lim mendirikan Institut Teknologi Kreatif Limkokwing yang, pada tahun 2002, menjadi kolej swasta pertama yang diiktiraf sebagai kolej universiti. Ia kemudian dinamakan semula sebagai Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing. – The Capital Post


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373