10 kali perlindungan dari kuman dengan Lifebuoy Multivitamins+

Estimate Reading Time: < 1 minute

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 15,648 kes aktif COVID-19 dari 14 Januari sehingga 20 Januari 2024.

-Advertisement-

Jumlah ini dijangka meningkat menjelang sambutan perayaan Thaipusam dan Tahun Baharu Cina sekiranya langkah-langkah pencegahan awal tidak diambil serius.

Situasi ini dalam masa sama mengingatkan orang ramai tentang kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan setiap ahli keluarga.

Ini kerana kuman boleh merebak dengan mudah terutamanya dalam kalangan kanak-kanak yang gemar meneroka pelbagai sudut persekitaran sama ada di dalam mahupun luar kediaman.

Justeru, penting untuk ibu bapa mengingatkan anak-anak untuk mengamalkan langkah kebersihan bagi melindungi mereka daripada ancaman yang tidak kelihatan.

Tingkat kebersihan dengan Lifebuoy

Diformulasi 10 kali perlindungan daripada kuman, rangkaian Lifebuoy Multivitamins+ bukan sekadar membersih malah melawan kuman secara aktif, menjadikan kulit segar dan dilindungi.

Lifebuoy Multivitamins+ baharu juga dirumus dengan bahan-bahan berkhasiat, memberikan sentuhan lembut untuk kulit sensitif sekali gus memastikan kulit anak-anak sihat dan dilindungi tanpa kerengsaan.

-Advertisement-

Dengan mencuci tangan sekurang-kurangnya 20 saat dengan Lifebuoy Multivitamins+ Hand Wash sebelum makan, ia membantu membasmi sehingga 99.9 peratus kuman seterusnya melindungi seisi keluarga daripada pelbagai jenis kuman dan bakteria.

Selain itu, individu juga disarankan untuk segera mandi dengan Lifebuoy Multivitamins+ Body Wash setelah pulang ke rumah bagi membasmi kuman yang melekat pada tubuh.

Dalam pada itu, orang ramai juga boleh memanfaatkan Lifebuoy Total 10 Hand Sanitizer bagi membasmi 99.99 peratus kuman pada tangan ketika berada di luar.

Dengan haruman yang menyeronokkan, Lifebuoy menjadikan kebersihan lebih menyeronokkan dan penting dalam rutin harian seisi keluarga.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.ulmysg.com/LifebuoyMultivitamins/.

– BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373