PETALING JAYA: Dua belas syarikat berkaitan GISB Holdings (GISBH) dikenakan kompaun keseluruhan RM4.4 juta oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kerana gagal menyerahkan penyata tahunan dan penyata kewangan masing-masing.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata kompaun itu dikeluarkan baru-baru ini selepas siasatan dilakukan SSM mendapati semua syarikat terbabit tidak mematuhi tanggungjawab berkenaan.
Selain 12 entiti perniagaan itu, katanya, terdapat 17 syarikat lain menggunakan nama ‘GISB’ dalam pendaftaran SSM.
-Advertisement-
Beliau berkata, semakan data serta laman sesawang berkaitan ‘GISB’ atau ‘Ikhwan’ pula mendapati sebanyak 201 perniagaan boleh dikaitkan dengan GISBH.