WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (24553) ORDER BY meta_id ASC

13 kawasan di KL alami gangguan bekalan air » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

13 kawasan di KL alami gangguan bekalan air

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air tidak berjadual sekurang-kurangnya hingga esok pagi di 13 kawasan di ibu kota berikutan berlakunya kejadian paip pecah di Jalan Kuari Bukit A, dekat sini.

-Advertisement-

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Elina Baseri, berkata 13 kawasan itu ialah Kg Cheras Baru; Pandan Mewah; Taman Muda; Taman Bukit Permai; Taman Bukit Pandan; Taman Mawar; Taman Seraya; Taman Mega; Taman Bukit Teratai; Taman Melur; Taman Saga; Taman Putra dan Taman Mestika.

“Bagi memastikan kerja pembaikan berjalan lancar, Air Selangor menutup bekalan air pada jam 7 malam tadi sekali gus menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di kawasan terbabit.

“Kerja pembaikan ini dijangka akan siap sepenuhnya jam 7 pagi esok,” katanya melalui kenyataan, di sini hari ini.

Pada masa sama, Elina berkata, bekalan air akan mula disalurkan semula setelah kerja pembaikan siap dilaksanakan sepenuhnya.

Katanya, tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu

-Advertisement-

kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

“Air Selangor sedang menggerakkan lori tangki ke kawasan yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis kritikal.

“Pengguna diharap dapat mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air dari lori tangki ini,” katanya.

Beliau berkata, bagi mengetahui status terkini bekalan air, pengguna boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (24648,24645,24644,24640) ORDER BY meta_id ASC