172 dikompaun, 22 direman ingkar SOP

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Polis menahan reman 22 individu kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), manakala 173 individu lagi dikompaun.

-Advertisement-

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata jumlah berkenaan menunjukkan pihak polis tidak lagi berkompromi dengan individu yang ingkar prosedur operasi standard (SOP).

“Dari jumlah yang ditahan ini, 14 individu terbabit dalam aktiviti di pub serta kelab malam, 199 individu pula terbabit aktiviti lain yang melanggar SOP.

“Pihak polis akan terus mempertingkatkan pemeriksaan dan mengambil tindakan bukan saja terhadap pemilik premis, malah orang awam yang tidak mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya pada sidang media harian PKPP, di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri berkata, Task Force Operasi Pematuhan turut melakukan 60,993 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP.

-Advertisement-

“Sebanyak 4,138 pasar raya, 5,599 restoran, 1,450 penjaja, 1,198 kilang dan 2,373 pasar awam dan pasar tani diperiksa semalam.

“Selain itu, pemeriksaan turut dilakukan di 3,551 tempat ibadah dan 1,367 lokasi riadah,” katanya.

-BH