28 pelajar Tingkatan Lima ditahan ganggu ketenteraman awam

Estimate Reading Time: < 1 minute

HULU SELANGOR: Keseronokan 28 pelajar Tingkatan Lima yang menunggang motosikal dan mengganggu ketenteraman awam ditahan polis berhampiran sebuah bangunan kosong di Jalan Kemboja, Bukit Sentosa, di sini, semalam.

-Advertisement-

Operasi jam 1.30 petang itu dilakukan susulan polis menerima enam aduan dari pihak sekolah dan penduduk setempat berhubung kegiatan tidak sihat yang semakin berleluasa di kawasan terbabit.

Lebih mengejutkan apabila hasil pemeriksaan terhadap semua pelajar mendapati 26 daripadanya adalah calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebuah sekolah menengah di Bukit Sentosa manakala dua lagi bukan calon SPM.

-Advertisement-

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, kumpulan remaja terbabit didapati kerap mengambil peluang untuk berbuat demikian sehingga mengganggu ketenteraman awam.


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373