5.6 juta kanak-kanak Malaysia kurang malnutrisi makanan berkhasiat

Estimate Reading Time: 2 minutes

KIRA-KIRA 5.6 juta kanak-kanak di negara ini dilaporkan berdepan berganda iaitu kekurangan malnutrisi berganda makanan berkhasiat hingga boleh memberi risiko menjadi obesiti apabila dewasa kelak.

-Advertisement-

Menyedari ia boleh menimbulkan kebimbangan kepada masa depan generasi akan datang, Ayam Brand, satu jenama warisan Tanah Melayu yang berusia 131 tahun, terkenal dengan produk makanan berkualiti tinggi, sihat dan lazat, bebas daripada bahan pengawet dan MSG, serta diyakini halal kembali dengan inisiatif tahunannya, Kempen Komuniti Penyayang 2023.

Kali ini ia bertemakan #AyamBersamaMu yang berkonsepkan ‘Tambah Sihat Bersama Ayam Brand, kempen yang dijalankan mendekati seramai 1,065 kanak-kanak dari 25 rumah kebajikan di enam negeri untuk menyediakan bekalan makanan selama dua bulan atau kira-kira 35,028 makanan berkhasiat.

Pengurus Pemasaran A Clouet (Malaysia) Sdn Bhd, Teoh Wei Ling, berkata risiko malnutrisi berganda dan miopia (masalah penglihatan) dalam kalangan kanak-kanak di negara ini memerlukan sokongan daripada semua pihak termasuk organisasi seperti Ayam Brand.

Katanya, melihat kepada keperluan itu, pihaknya mengambil pendekatan ini memandangkan sejak sekian lama jenama ini sudah menyumbang produk berkhasiat dan sihat kepada komuniti.

“Kami mempunyai sejarah yang panjang dalam menyumbang produk berkhasiat dan sihat kepada komuniti, walaupun kami percaya bahawa penyediaan produk ini adalah satu penyelesaian segera.

“Tetapi untuk jangka panjang, mendidik kanak-kanak untuk membuat pilihan makanan yang lebih sihat adalah satu keutamaan.

“Produk ikan kami kaya dengan protein, kalsium, Omega-3 serta vitamin dan mineral yang memberi manfaat kesihatan kepada kanak-kanak termasuk kesihatan mata mereka,” katanya.

Jelasnya, kajian yang dijalankan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand mempunyai 7.1 kali lebih tinggi kandungan Omega-3 berbanding sajian yang menggunakan ikan sardin yang ditangkap segar.

“Selain itu, mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand mengandungi 7.6 kali lebih tinggi Omega-3 berbanding sajian sama masakan ikan mackerel yang ditangkap segar,” katanya.

-Advertisement-

Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand yang kini memasuki tahun ke-16 sudah menyumbang lebih 2.1 juta hidangan sihat dan menyediakan makanan berkhasiat kepada lebih 27,293 individu di 610 rumah kebajikan dan organisasi bukan kerajaan (NGO).

Pakar pemakanan Hospital Pakar KPJ Tawakkal Kuala Lumpur, Nabihah Hannan Razaleigh, berkata pengambilan makanan berkhasiat adalah penting bagi kesejahteraan menyeluruh kanak-kanak, khasnya pengambilan protein untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

“Antara sumber protein yang baik adalah ikan berlemak seperti tuna, saba, sardin dan mackerel yang mengandungi sumber Omega-3 untuk perkembangan otak dan kesihatan mata kanak-kanak.

“Memandangkan tubuh tidak boleh menghasilkan Omega-3, kita perlu mendapatkannya daripada sumber makanan di mana setiap individu perlu mempertimbangkan untuk mengambil sekurang-kurangnya dua hidangan ikan berlemak setiap minggu,” katanya.

Ini memandangkan masalah penglihatan dalam kalangan kanak-kanak di negara ini dengan prevalens miopia atau rabun jauh bagi kanak-kanak berusia tujuh tahun juga semakin meningkat sebanyak 9.8 peratus kepada 34.4 peratus pada usia 15 tahun.

Walaupun sesetengah masalah penglihatan tidak dapat dielakkan disebabkan pelbagai perkara, namun antara faktornya berpunca daripada kurangnya penjagaan mata yang baik.

Justeru, jenama itu dengan usaha sama KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) turut mengadakan bengkel pemakanan sihat bagi membimbing kanak-kanak mengenai pilihan makanan yang lebih berkhasiat berdasarkan konsep 3S (Suku-suku Separuh) Pinggan Sihat Malaysia.

Selain itu, syarikat itu juga bekerjasama dengan Focus Point Vision Care Group Sdn Bhd untuk menyediakan pemeriksaan kesihatan mata dan cermin mata preskripsi secara percuma kepada kanak-kanak yang memerlukan di rumah amal.
-BeritaHarian