Hanya 10 keluarga mangsa banjir masih berada di PPS Perak

Estimate Reading Time: < 1 minute

TELUK INTAN: Situasi banjir di Perak pagi ini menunjukkan petanda positif apabila hanya ada 36 daripada 10 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

-Advertisement-

Ia berbanding 60 daripada 15 keluarga yang direkodkan jam 6 petang semalam.

Laporan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Perak setakat jam 8 pagi memaklumkan, semua mangsa berlindung di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak di daerah Hilir Perak yang dibuka jam 6 petang Sabtu lalu.

-Advertisement-

Kawasan yang masih terjejas banjir adalah Batu 7, Batu 8, Batu 9, Lorong Kedah, Lorong Belakang Klinik, Lorong Sidang Osman, Lorong Imam Khairi dan Lorong Mesra dalam Mukim Changkat Jong, di sini.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak pula melaporkan paras air Sungai Bidor di Changkat Jong, dekat sini mencecah 3.55 meter (m), melepasi paras bahaya 3.50 m.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373