599 kes baharu COVID-19 semalam

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Sebanyak 599 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam dengan 595 kes adalah penularan tempatan, manakala empat lagi kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

-Advertisement-

Secara keseluruhannya, jumlah kes COVID-19 yang dikesan sejak penularannya di negara ini adalah sebanyak 5,052,337 kes.

Dengan pertambahan kes baharu itu, ia menjadikan sehingga kini jumlah kes aktif COVID-19 adalah sebanyak 11,312 kes.

Daripada jumlah kes aktif itu, 95.5 peratus atau 10,841 kes sedang menjalani kuarantin di rumah, selain itu empat peratus atau 458 kes mendapatkan rawatan di hospital dan 13 kes berada dalam unit rawatan rapi (ICU) dengan sembilan daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Paling tinggi pertambahan kes baharu itu dilaporkan di Selangor dengan 179 kes, diikuti Kuala Lumpur (118), Melaka (85), Perak (54), Putrajaya (36), Negeri Sembilan (22), Sarawak (21), Johor (18), Kelantan (15), Pulau Pinang (14), Pahang (13), Perlis (11), Kedah (5) dan Labuan (1).

-Advertisement-

Hanya Terengganu tiada pertambahan kes.

Sementara itu, mengenai satu kes kematian dilaporkan semalam, data dipaparkan dalam laman sesawang KKMNow memaklumkan ia dikesan di Selangor.

Ia menjadikan sehingga kini jumlah angka korban akibat penularan virus itu adalah sebanyak 36,982 kes termasuk 7,880 kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID). – Berita Harian