7 penghuni tinggal sehelai sepinggang rumah terbakar

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Tujuh penghuni dua kediaman tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Batu 12 1/2 Jalan Cheras, Kajang, hari ini.

-Advertisement-

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian jam 7.48 pagi itu.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang diketuai Komander Operasi Kanan Penolong Kanan Penguasa Bomba Jalizad Jalil digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata kebakaran itu memusnahkan keseluruhan dua kediaman itu.

-Advertisement-

“Ketika kebakaran, terdapat lima penghuni dalam rumah pertama dan dua penghuni termasuk seorang warga emas dalam rumah kedua.

“Kesemua mereka berjaya menyelamatkan diri sebelum pihak bomba sampai,” katanya.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373