8.3 juta rakyat sudah terima vaksin

Estimate Reading Time: < 1 minute

Kuala Lumpur: Jumlah pemberian vaksin Covid-19 sehingga semalam ialah 8,346,697 dos.

-Advertisement-

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, untuk semalam saja sebanyak 263,012 suntikan dos imunisasi diberikan.

“Jumlah keseluruhan yang sudah menerima dos pertama ialah 5,952,815 orang.

-Advertisement-

“Daripada jumlah itu, 2,393,882 orang juga terima dos kedua.

“Daftar di MySejahtera, http://vaksincovid.gov.my atau hubungi talian 1800888828,” katanya menerusi Twitter hari ini.