TAWAU: Polis menafikan pelaksanaan sekatan perjalanan masuk dan keluar bagi daerah Tawau serta Lahad Datu berkuat kuasa serta-merta selepas kes Covid-19 disahkan di daerah itu seperti yang tular di media sosial sejak pagi tadi.
-Advertisement-
Pesuruhjaya Polis Sabah, Hazani Ghazali, berkata perkara itu tidak betul dan pihaknya belum menerima arahan berhubung sekatan perjalanan di kedua-dua daerah tersebut.
“Belum lagi, akan diputuskan dalam mesyuarat pagi ini bersama ketua menteri,” katanya ketika dihubungi hari ini.
-Advertisement-
Maklumat itu mendakwa berdasarkan statistik kes jangkitan Covid-19 terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, berkuat kuasa serta-merta, warga kerja tidak dibenarkan membuat perjalanan perniagaan atau perjalanan bukan perniagaan masuk dan keluar daerah Lahad Datu dan Tawau.
-FMT