Dr Nasharudin berdepan 30 pertuduhan pecah amanah sejak 2015

Estimate Reading Time: < 1 minute

SHAH ALAM: Bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa berdepan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah kira-kira RM300,000 bagi kesalahan yang dilakukan pada 2018.

-Advertisement-

-Advertisement-

Sebanyak 30 pertuduhan membabitkan kesalahan pecah amanah jenayah mengikut Kanun Keseksaan yang didakwa dilakukan sejak 2015 sedang dibacakan terhadap Nasharudin di Mahkamah Sesyen Shah Alam, pagi ini, hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Dr Nasharudin ditahan sepasukan pegawai SPRM, petang semalam selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya. Beliau kemudiannya dilepaskan dengan jaminan.-Bharian