Hampir 10,000 penduduk Kelantan tak hadir janji temu vaksin

Estimate Reading Time: < 1 minute

KOTA BHARU: Hampir 10,000 penduduk di Kelantan dengan sebahagian besar berusia 60 tahun ke atas dikesan gagal hadir menerima suntikan vaksin sehingga semalam.

-Advertisement-

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata antara puncanya ialah masalah kesihatan selain menunda tarikh suntikan.

-Advertisement-

Katanya, ada yang gagal hadir kerana mempunyai masalah peribadi dan ramai juga tidak memberi alasan kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV).-BH