KUALA LUMPUR: Kadar pemberian suntikan vaksin ke seluruh negara terus meningkat dan semakin menghampiri sasaran 200,000 dos sehari.
-Advertisement-
Berdasarkan perangkaan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV), kadar suntikan vaksin atau inokulasi yang direkodkan semalam ialah sebanyak 197,963 dos, tertinggi sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mula dilaksanakan pada 23 Februari lalu.
-Advertisement-
Kadar tertinggi pemberian suntikan vaksin ke seluruh negara yang direkodkan sebelum ini ialah sebanyak 157,949 dos pada 10 Jun lalu.-BH