Kebolehjangkitan bawah 1.0 hampir 2 minggu

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan atau Rt di Malaysia ketika ini berada di bawah paras 1.0 untuk tempoh hampir dua minggu.

-Advertisement-

Kali terakhir Rt direkodkan pada kadar 1.0 ialah pada 5 Jun lalu, sebelum perangkaan berkenaan terus menunjukkan pola penyusutan, dengan kadar terendah 0.9 pada 12 Jun lalu.

-Advertisement-

Berdasarkan statistik yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor merekodkan Rt pada tahap 0.92 meskipun menjadi penyumbang terbesar terhadap peningkatan kes harian.-BH