PUTRAJAYA: Sebanyak 5,841 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat ke 716,847.
-Advertisement-
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi hari ini dengan 2,072 kes diikuti Negeri Sembilan dengan 781 kes, Sarawak (581); Kuala Lumpur (552); Johor (346); Kedah (271) dan Melaka (247).
-Advertisement-
“Semua negeri mencatatkan pertambahan kes baharu hari ini dan hanya Perlis melaporkan kes baharu satu digit iaitu lima kes,” katanya dalam Facebook, hari ini.-BH