Pelan Induk Bandar Rendah Karbon Negara dilancarkan

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Pelan Induk Bandar Rendah Karbon Negara yang dilancarkan hari ini akan memberi panduan lengkap kepada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam membangunkan bandar rendah karbon di kawasan masing-masing.

-Advertisement-

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata dengan menjadikan bandar di negara ini sebagai bandar rendah karbon ia mampu membangunkan ekonomi hijau tempatan, mewujudkan peluang pekerjaan dan dapat menarik minat pelaburan domestik mahupun antarabangsa.

Katanya, antara sektor yang akan mendapat manfaat daripada usaha ini adalah sektor tenaga lestari, sektor mobiliti rendah karbon, sektor pengurusan sisa dan kitaran semula serta sektor kecekapan air.

“Saya amat berbangga kerana penghasilan pelan induk ini membabitkan pihak berkepentingan daripada pelbagai peringkat.

-Advertisement-

“Tahniah diucapkan kepada 33 kawasan bandar yang sudah dikenal pasti dan saya yakin usaha ini akan dapat diperluaskan kepada semua PBT di seluruh negara,” katanya ketika merasmikan Persidangan Bandar Rendah Karbon Malaysia dan Pelancaran Dokumen Pelan Induk Rendah Karbon Negara, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.-BH