WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (24429) ORDER BY meta_id ASC

UiTM kurangkan yuran konvokesyen tiga sesi » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

UiTM kurangkan yuran konvokesyen tiga sesi

Estimate Reading Time: < 1 minute

SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) melaksanakan pengurangan yuran konvokesyen sebanyak RM40 bagi tiga sesi iaitu sesi 93, 94 dan 95 untuk graduan semua peringkat pengajian ijazah dan diploma.

-Advertisement-

Ketua Perhubungan Awam, Media dan Protokol Jabatan Komunikasi Korporat UiTM, Nora Noordin, berkata keputusan itu dibuat pengurusan tertinggi universiti selepas mengambil maklum situasi semasa.

“Pengurangan yuran konvokesyen ini diberi secara automatik kepada semua peringkat pengajian ijazah doktor falsafah, ijazah sarjana, diploma lepasan ijazah, ijazah sarjana muda, program profesional dan diploma.

“Ini bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan yang perlu dibayar oleh graduan yang mana kadar yuran konvokesyen dikenakan kepada graduan pada setiap sesi konvokesyen adalah antara RM150 hingga RM230 mengikut peringkat pengajian.

“Melalui pengurangan sebanyak RM40, graduan hanya perlu membayar antara RM110 hingga RM190 sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pengurangan bagi semua graduan sesi Konvokesyen ke-93, 94 dan 95 berjumlah RM3 juta.

Katanya, UiTM juga mengurangkan yuran konvokesyen bagi sesi ke-92 dengan jumlah sama serta mengendalikannya secara janji temu.

-Advertisement-

Jelasnya, UiTM merancang untuk melaksanakan istiadat konvokesyen secara fizikal namun, penularan COVID-19 yang masih lagi serius membantutkan usaha itu kerana keselamatan dan kesihatan umum perlu diutamakan.

Katanya, pengurusan tertinggi UiTM turut memutuskan bahawa sama ada istiadat konvokesyen secara fizikal boleh dilaksanakan atau tidak pada tahun ini adalah tertakluk kepada keadaan semasa.

“Justeru, keputusan muktamad mengenai kaedah konvokesyen yang dijalankan hanya akan diumumkan pada masa yang lebih sesuai dan suasana mengizinkan,” katanya.

Mengulas lanjut, Nora berkata, graduan yang sudah membuat bayaran yuran konvokesyen akan dimaklumkan untuk mengisi e-Borang Pemulangan Yuran Konvo ke-93 bagi pemulangan RM40.

Katanya, bagi graduan yang belum membayar yuran konvokesyen, bil yuran akan dibatalkan dan akan dijanakan bil yuran yang baharu.

Layari laman sesawang https://konvokesyen.uitm.edu.my untuk maklumat lanjut.-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (24648,24645,24644,24640) ORDER BY meta_id ASC