19,268 kes baharu COVID-19

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 19,268 kes positif baharu COVID-19, hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 1,725,357 kes.

-Advertisement-

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor kekal menjadi negeri yang mencatatkan kes harian tertinggi dengan 3,567 kes, berbanding 4,591 kes semalam.

Tujuh lagi negeri turut melaporkan kes empat angka iaitu Sabah dengan 2,310 kes; Johor (2,265); Kedah (2,084); Sarawak (2,028); Pulau Pinang (1,780); Kelantan (1,308) dan Perak dengan 1,144 kes.

-Advertisement-

Negeri lain turut melaporkan kes baharu iaitu Pahang (788); Kuala Lumpur (672); Terengganu (544); Melaka (395); Negeri Sembilan (269); Perlis (71); Putrajaya (41) dan dua kes di Labuan.

-BH