DUN Pahang dibubarkan hari ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUANTAN 14 Oktober 2022 (The Capital Post): Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

-Advertisement-

Beliau berkata, pembubaran itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau juga berkata bahawa Pahang akan dipaksa melalui proses pilihan raya jika tidak menyertai Pilihan Raya Umum ke-15 ini.

-Advertisement-

Pengumuman ini dibuat pada 10 pagi di Wisma Sri Pahang.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 Barisan Nasional menangi 25 kerusi bagi DUN & 9 kerusi bagi Parlimen.- The Capital Post