GOMBAK: Kementerian Kerja Raya (KKR) mengarahkan semua syarikat konsesi lebuh raya menghentikan kerja-kerja penyelenggaraan lebuh raya serta merta bermula hari ini hingga 7 Mei ini.
-Advertisement-
Menteri, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata ia bagi membolehkan kelancaran aliran trafik susulan orang ramai dijangka mula pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri petang ini atau esok.
-Advertisement-
“Semua syarikat konsesi lebuh raya perlu menghentikan kerja-kerja penyelenggaraan yang membabitkan penutupan lorong lebuh raya bermula hari ini hingga 7 Mei,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan tinjauan persiapan lebuh raya dan tol di hentian sebelah Plaza Tol Gombak Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak di sini hari ini. – Berita Harian