Rang Undang-Undang hadkan tempoh jawatan PM dibentang di parlimen tahun ini: PM Anwar

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri Malaysia kepada tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh akan dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini.

-Advertisement-

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata RUU itu merupakan antara empat perundangan baharu yang akan dibentangkan sebagai hala tuju Parlimen tahun ini.

“Semua jawatan mempunyai had tempoh. KSN (Ketua Setiausaha Negara) pun tidak boleh menjawat lebih daripada sepuluh tahun, dan prinsip yang sama terpakai kepada semua. Sekiranya seseorang diberikan tempoh tertentu dan berjaya melaksanakan tanggungjawab, selepas itu adalah wajar menyerahkan kepada generasi seterusnya.

-Advertisement-

“Ini juga terpakai kepada Jabatan Perdana Menteri. Oleh itu, kita akan membentangkan RUU yang mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh,” kata Encik Anwar.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Tahun 2026 pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, pada Isnin (5 Jan).

-Mediacorp