PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua kementerian dan jabatan untuk mengenal pasti segala projek kecil serta memastikannya dilaksanakan segera seawal Februari depan.
Perdana Menteri berkata, ia termasuk projek berkait jalan desa, kuarters dan klinik daif.
“Semua kementerian diarah memastikan pelaksanaan projek-projek kecil dengan segera pada awal Februari dan mengenal pasti projek-projek ini.
“Ini termasuk jalan desa, kuarters, klinik daif… dan kita berikan lantikan terus (kontraktor) dibenarkan hingga RM200,000 serta sebut harga hingga RM1 juta,” katanya.
-Advertisement-
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Perutusan Tahun Baharu 2026 pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.
Berita lanjut menyusul
-BeritaHarian