Diesel RM5.52 Bukti Kegagalan Kerajaan – Dato’ Ibrahim Ali

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 26 Mac 2026 (The Capital Post) — Kenaikan harga diesel kepada RM5.52 seliter terus mencetuskan kritikan apabila Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menyifatkannya sebagai kegagalan kerajaan dalam melindungi rakyat.

Presidennya, Dato’ Ibrahim Ali berkata, Malaysia sebagai negara pengeksport minyak sepatutnya mendapat manfaat apabila harga global meningkat, namun sebaliknya rakyat kini dibebankan dengan kos yang lebih tinggi.

Menurut beliau, diesel merupakan nadi kepada sektor penting seperti logistik makanan, nelayan dan petani, dan kenaikan harga bahan api itu akan memberi kesan langsung kepada harga barang serta kos sara hidup.

-Advertisement-

PUTRA mencadangkan agar sekurang-kurangnya 30% lebihan hasil minyak disalurkan untuk menstabilkan harga diesel melalui dasar “Windfall Allocation Rule”, selain pelaksanaan subsidi bersasar kepada sektor kritikal.

Beliau menegaskan, tekanan berterusan terhadap rakyat boleh menjejaskan kepercayaan terhadap kerajaan jika isu kos sara hidup tidak ditangani dengan berkesan. – The Capital Post