Industri Filem Catat RM224 Juta

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR 12 Mei 2026 (The Capital Post) – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan industri seni filem negara mencatat kutipan tertinggi dalam sejarah Malaysia apabila merekodkan hasil sebanyak RM224 juta sepanjang tahun 2025.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi anjuran National Film Development Corporation Malaysia (FINAS) yang berlangsung di Menara Komunikasi hari ini.

Menurut beliau, pencapaian tersebut membuktikan industri kreatif tempatan terus berkembang dan mempunyai potensi besar untuk diperkasakan di peringkat antarabangsa.

Dalam ucapannya, Fahmi Fadzil turut memaklumkan penubuhan Majlis Ekonomi Jingga sebagai langkah memperluas eksport filem Malaysia ke pasaran global serta memperkukuh ekosistem industri kreatif negara.

-Advertisement-

Majlis berkenaan turut dihadiri Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Abdul Halim Hamzah serta barisan pengurusan tertinggi kementerian, jabatan dan agensi berkaitan.

Kerajaan terus komited memperkasa industri kreatif sebagai antara sektor strategik yang mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan memperluas pengaruh karya tempatan di persada antarabangsa. – The Capital Post