KUALA LUMPUR 15 Mei 2026 (The Capital Post) – YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Haji Mohd Nasir telah merasmikan pelancaran laporan ke-32 Malaysia Economic Monitor (MEM) yang diterbitkan oleh World Bank dengan tema “Raising the Ceiling, Raising the Floor: The Jobs Agenda as a Productivity Agenda”.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Ekonomi serta Datuk Seri Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi.
Dalam ucapan perasmian, YB Menteri menekankan bahawa laporan MEM telah menjadi rujukan penting negara sejak 2009 dalam menilai prestasi ekonomi semasa, mengenal pasti cabaran serta merangka keutamaan dasar bagi memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia.
-Advertisement-
Beliau turut menyatakan bahawa dapatan laporan ini membantu kerajaan dalam memperhalusi pendekatan ke arah pembangunan ekonomi yang lebih inklusif, produktif dan mampan selaras dengan aspirasi Ekonomi MADANI serta Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Sejajar dengan tema tahun ini, kerajaan terus komited memperkukuh daya saing negara melalui pemerkasaan inovasi, peningkatan produktiviti, pengukuhan sektor bernilai tinggi serta peluasan akses peluang ekonomi agar manfaat pertumbuhan dapat dinikmati secara lebih saksama oleh seluruh rakyat. – The Capital Post