SERDANG 19 Mei 2026 (The Capital Post) – Biro Agama dan Kerohanian PCKPT merakamkan penghargaan kepada YBhg. Datin Hajah Murni binti Muda serta YBhg. Datin Dzramrah binti Hashim atas sokongan dan komitmen dalam menjayakan Program Amali Sembelihan anjuran bersama PCKPT dan BPSM KPT yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia.
Program tersebut melibatkan pelbagai aktiviti termasuk amali penyembelihan, rewang, pengagihan makanan dan jamuan yang bukan sahaja memberi pendedahan serta ilmu bermanfaat kepada peserta, malah berjaya memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan ahli yang terlibat.
Selain itu, program berkenaan turut membuka ruang kepada peserta untuk berinteraksi dan menyantuni kedua-dua tetamu kehormat berkenaan dalam suasana penuh mesra dan harmoni.
-Advertisement-
Penganjur turut menyifatkan sokongan yang diberikan sebagai pemangkin semangat untuk terus melaksanakan lebih banyak program kerohanian dan kemasyarakatan pada masa akan datang demi memperkukuh hubungan sesama warga organisasi. – The Capital Post