FINAS Perkasa Belia Kreatif MADANI

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR 25 Mei 2026 (The Capital Post) – Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil merasmikan Program Belia Kreatif Komuniti MADANI sempena penutupan Hari Belia Negara 2026 (HBN2026) peringkat Wilayah Persekutuan yang berlangsung di PIAZZA, Pavilion Bukit Jalil.

Program anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) itu menjadi platform memperkukuh pembangunan modal insan belia dalam bidang kreatif dan digital selaras aspirasi Malaysia MADANI.

Dalam program tersebut, YB Datuk Fahmi turut melancarkan Dana Pemangkin Generasi MADANI yang memberi fokus kepada pembangunan kandungan kreatif berteraskan nilai Malaysia MADANI serta pembangunan bakat belia tempatan.

Majlis turut menyaksikan penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Program Reel MADANI@Kampus kepada 15 institusi pengajian tinggi awam dan swasta sebagai usaha memperluas penglibatan mahasiswa dalam industri kreatif dan penghasilan kandungan digital berkualiti.

-Advertisement-

Selain itu, FINAS turut menyerahkan Letter of Intent (LOI) kepada TikTok Malaysia bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam membangunkan ekosistem sokongan kepada generasi pencipta kandungan yang kreatif, beretika dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi, Datuk Bahria Mohd Tamil, Pengerusi FINAS, Dato’ Hans Isaac serta Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib. – The Capital Post