Tengku Mahkota Pahang Rasmi Kursus TUDM

Estimate Reading Time: < 1 minute

ALOR SETAR 3 Jun 2026 (The Capital Post) – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Pembukaan Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 67 (A)/26 di Dewan Aeroangkasa, Kolej Tentera Udara, Alor Setar.

Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku pada jam 2.35 petang telah disambut oleh Panglima Tentera Udara, YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM, Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Muhammad Tarminzi Haji Mustapha TUDM serta Pengelola Bijaya Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Mejar Jeneral Dato’ Mohd Zahari Dato’ Haji Yahya TUDM.

Majlis tersebut merupakan simbolik pembukaan rasmi Kursus Asas Penerbangan Helikopter bagi juruterbang pelatih Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk sesi 2026, yang bertujuan memperkukuh latihan dan kesiapsiagaan aset pertahanan udara negara.

-Advertisement-

Program latihan berkenaan juga mencerminkan komitmen berterusan TUDM dalam melahirkan juruterbang berkemahiran tinggi serta berdaya saing dalam memenuhi keperluan operasi semasa dan masa hadapan.

Majlis ini turut menzahirkan sokongan institusi diraja terhadap pembangunan keupayaan pertahanan negara melalui latihan profesional dan sistematik dalam kalangan anggota udara. – The Capital Post