PUTRAJAYA 4 Jun 2026 (The Capital Post) – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menzahirkan penghargaan kepada Tan Sri Dato’ Seri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN), atas kepimpinan serta sokongan berterusan dalam memperkukuh sistem perkhidmatan awam khususnya sektor kesihatan negara.
KKM memaklumkan bahawa kerjasama erat bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan (MOF) akan terus diperkasa bagi menangani pelbagai isu berkaitan kelangsungan perkhidmatan anggota sektor kesihatan.
Menurut kementerian itu, pendekatan kolaboratif antara agensi kerajaan amat penting dalam memastikan kebajikan petugas kesihatan, keperluan tenaga kerja serta aspek penyampaian perkhidmatan dapat ditangani secara menyeluruh dan berkesan.
-Advertisement-
KKM turut menyatakan keyakinan bahawa semangat muafakat, persefahaman serta komitmen bersama antara semua pihak berkepentingan akan membantu mencapai penyelesaian yang seimbang dan mampan terhadap cabaran yang dihadapi sektor kesihatan ketika ini.
Usaha berterusan tersebut dilihat penting dalam memastikan sistem kesihatan negara kekal berdaya tahan, sekali gus menjamin kesejahteraan rakyat serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan di seluruh negara. – The Capital Post