Foodpanda Raikan Hero Makanan Sabah & Sarawak

Estimate Reading Time: 3 minutes

KUALA LUMPUR 20 Jun 2026 (The Capital Post) – Foodpanda Malaysia meneruskan kempen “Wajib Try Ni!” dengan mengetengahkan jenama makanan tempatan ikonik dari Sabah dan Sarawak yang telah lama menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat di Malaysia Timur. Kempen ini bertujuan meraikan warisan kulinari unik yang dibina melalui resipi turun-temurun, cita rasa tempatan dan kisah kejayaan jenama tempatan yang berkembang bersama komuniti setempat.

Menurut Foodpanda, Sabah dan Sarawak memiliki kekayaan gastronomi yang tersendiri, dengan pelbagai restoran dan jenama makanan tempatan yang bukan sahaja menawarkan hidangan istimewa, malah membawa identiti budaya serta sejarah masyarakat setempat. Melalui kempen ini, platform penghantaran makanan tersebut memberi penghargaan kepada pengusaha yang terus mengekalkan keaslian rasa dan menjadi pilihan generasi demi generasi.

Di Sabah, antara jenama yang diketengahkan ialah SugarBun, sebuah rangkaian restoran yang telah bertapak sejak 1979 dan dikenali menerusi hidangan Broasted Chicken serta Savoury Rice. Jenama tersebut turut mengekalkan sentuhan Borneo melalui menu tempatan seperti Laksa Sarawak dan Kolo Mee, sekali gus menjadikannya antara destinasi makanan yang dekat dengan masyarakat Malaysia Timur.

Turut diberi perhatian ialah Teck Kee Restaurant yang terkenal dengan hidangan berasaskan cita rasa tempatan dan teknik masakan wok-hei yang menjadi kegemaran pelanggan. Restoran itu terus menjadi pilihan ramai untuk makan tengah hari, makan malam keluarga dan hidangan lewat malam.

Selain itu, A1 Chicken Rice yang bermula sebagai perniagaan kecil di Kota Kinabalu kini berkembang menjadi jenama tempatan yang memiliki beberapa cawangan. Selain nasi ayam istimewa, restoran tersebut turut dikenali dengan pelbagai menu unik yang memenuhi selera masyarakat setempat.

-Advertisement-

Di Sarawak pula, Pak Amit Cafe menjadi antara destinasi utama bagi mereka yang ingin menikmati hidangan tradisional negeri itu seperti Laksa Sarawak, Mee Kolok dan pelbagai sajian tempatan lain. Restoran tersebut terus memainkan peranan dalam memelihara warisan makanan Sarawak untuk generasi akan datang.

Sharing Planet yang beroperasi di Kuching sejak 2004 turut disenaraikan dalam kempen berkenaan. Restoran tersebut terkenal dengan hidangan Barat dan suasana mesra keluarga yang menjadikannya lokasi pilihan untuk pelbagai acara sosial serta pertemuan bersama rakan dan keluarga.

Sementara itu, MekDons di Miri pula mencerminkan evolusi budaya makanan moden Sarawak. Bermula sebagai gerai burger tepi jalan, jenama tersebut kini menjadi antara destinasi makanan popular khususnya dalam kalangan golongan muda dan pencinta makanan lewat malam.

Melalui kempen “Wajib Try Ni!”, Foodpanda berharap lebih ramai rakyat Malaysia dapat mengenali dan menghargai jenama makanan tempatan yang menjadi kebanggaan Sabah dan Sarawak, selain menyokong pertumbuhan perniagaan tempatan yang terus menyumbang kepada kepelbagaian industri makanan negara. – The Capital Post